Nurul Qistina kritikal, terlanggar pokok tumbang
Iklan
Nurul Qistina berada dalam kritikal dan tidak sedarkan diri selama dua hari selepas motosikal ditungganginya terlanggar pokok tumbang di Gaal, Pasir Puteh, Sabtu lalu.
KOTA BHARU - Seorang gadis berada dalam kritikal dan tidak sedarkan diri selama dua hari selepas motosikal ditungganginya terlanggar pokok tumbang di Gaal, Pasir Puteh, Sabtu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, Nurul Qistina Alia Muhammad Kamarul, 20, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Machang selepas keluar ke rumah rakannya kira-kira jam 7.30 malam.
Iklan
Iklan
Bapanya, Muhammad Kamarul Che Zahari, 47, berkata, berdasarkan maklumat yang diterima, pokok berkenaan dipercayai sudah tumbang di atas jalan sebelum motosikal yang ditunggang anaknya melanggarnya.
Ibu bapa mangsa menunjukkan gambar anak mereka yang masih dirawat akibat kemalangan langgar pokok tumbang.FOTO: ADILA SHARINNI WAHID
Iklan
“Kawasan itu baru lepas ribut dan hujan lebat,” katanya ketika ditemui di pekarangan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini pada Isnin.
Muhammad Kamarul berkata, anak kedua daripada lima beradik itu mulanya dibawa ke Hospital Tengku Anis Pasir Puteh untuk mendapatkan rawatan.
Iklan
“Selepas itu dia dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian buat x-try sebelum dirujuk ke HRPZ II bagi mendapatkan rawatan pakar.
Menurutnya, anaknya itu berada dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri selama dua hari sebelum doktor menghubunginya pagi tadi untuk melihat perkembangan mangsa.
“Doktor telefon suruh datang tengok dia. Apabila saya sampai, dia sudah sedar dan saya sangat bersyukur.
“Bagaimanapun, dia masih dirawat di Unit Rawatan Rapi dan dipantau rapi oleh doktor,” katanya.
Nurul Qistina Alia Muhammad Kamarul
Muhammad Kamarul bekerja mengambil upah membuat padi, menggali kubur dan melakukan kerja kampung dengan pendapatan sekitar RM50 sehari manakala isterinya, Nurul Erma Zulaina Abdul Razak, 39, tidak bekerja.
Seorang daripada lima anak mereka masih bersekolah manakala bongsu baru berusia setahun tiga bulan.
Katanya, dia turut berdepan kekangan kewangan untuk berulang-alik ke hospital.
“Saya juga baru tiga hari ambil upah RM50 sehari bagi kerja membuat siling kapur tapi tak dapat teruskan dan tak ada pendapatan kerana perlu menunggu dia hospital,” katanya.
Bagi yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional Muhammad Kamarul Che Zahari 03013-41-00013459-3.
Kemunculan seekor ibu harimau belang bersama anaknya di beberapa kampung di Kuala Krai bukan sahaja mencetuskan kebimbangan penduduk, malah menjejaskan sumber pendapatan lebih 100 penoreh getah yang terpaksa menghentikan rutin harian mereka sejak hampir dua minggu lalu.
Lebih membimbangkan, haiwan pemangsa itu dipercayai berkeliaran di kebun getah dan semakin menghampiri kawasan penempatan penduduk sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan penduduk serta haiwan ternakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801601/edisi/kelantan/lebih-100-penoreh-getah-di-kuala-krai-gantung-pisau-gara-gara-pak-belang
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.