CHEF selebriti, Datuk Dr Redzuawan Ismail atau Chef Wan menyifatkan pencapaian skuad Malayan Tigress Bawah 17 tahun (B-17) yang menduduki tempat ketiga Piala Srikandi Merdeka di Indonesia sebagai pengalaman penting buat barisan muda negara.
Menerusi perkongsian di Threads, beliau berharap pengalaman sepanjang kejohanan berkenaan dapat menyuntik motivasi kepada pemain untuk terus meningkatkan prestasi dan melakar kejayaan lebih besar pada masa akan datang.