Timbunan sampah runtuh, ragut 30 nyawa

Iklan
Anggota penyelamat mencari mangsa di celah timbunan sampah selepas runtuh di tapak pelupusan sampah terbesar di Conakry, Guinea pada Ahad. - Foto: Agensi

CONAKRY – Timbunan sampah berbukit di tapak pelupusan terbesar di ibu negara Guinea, Conakry, runtuh awal pagi Ahad, mengorbankan 30 orang, menurut angka terkini yang dikeluarkan kerajaan pusat.

Pihak berkuasa berkata, hujan lebat yang bermula kira-kira jam 2 pagi menyebabkan timbunan sampah di Dar Es Salam runtuh dan mencetuskan tanah runtuh yang menimbus pondok-pondok berhampiran.

Iklan
Iklan

Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan bagi mengesan mangsa yang mungkin masih terselamat.

Seramai enam orang dilaporkan cedera parah, manakala beberapa rumah turut musnah dalam kejadian itu.

Iklan

Menurut pegawai sanitasi Batalion Kejuruteraan Tentera, Lt Kol Baldé Mamadou Bailo, tapak berkenaan yang merupakan kawasan pembuangan sampah terbuka terbesar di bandar itu sebelum ini dijadualkan ditutup.

Penduduk yang tinggal berhampiran tapak pelupusan sampah itu sebelum ini telah menerima notis pengusiran, menyebabkan ramai berpindah dari kawasan berkenaan.

Iklan

Bagaimanapun, menurut pihak berkuasa, masih ramai penduduk berada di kawasan itu ketika bencana berlaku.

“Kami akan memastikan keluarga yang masih berada di situ dipindahkan ke tempat lain,” katanya.