Bekas ketua jurulatih hoki negara, Sarjit Singh meninggal dunia

Iklan
Foto: FB Malaysian Hockey Confederation

BEKAS kapten dan ketua jurulatih hoki lelaki negara, Sarjit Singh meninggal dunia pada usia 63 tahun di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM), Cheras, Kuala Lumpur pada malam Ahad.

Mendiang menghembuskan nafas terakhir kira-kira 10 malam selepas berdepan masalah kesihatan.

Iklan
Iklan

Pemergian tokoh hoki negara itu disahkan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) menerusi hantaran di laman Facebook rasminya.

KHM turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga serta insan tersayang mendiang yang pernah menjadi tonggak skuad kebangsaan dari 1982 hingga 1993.

Iklan

"Dedikasi, khidmat dan sumbangan beliau kepada hoki Malaysia, sama ada sebagai pemain mahupun ketua jurulatih, akan sentiasa dikenang," katanya.

Sebagai pemain, Sarjit mewakili Malaysia pada dua Sukan Olimpik, iaitu Los Angeles 1984 dan Barcelona 1992.

Iklan

Beliau turut menjadi sebahagian daripada pasukan negara yang memenangi gangsa Sukan Asia New Delhi 1982 dan Beijing 1990.

Selepas menggantung kayu hoki, Sarjit meneruskan sumbangannya sebagai jurulatih dengan membimbing skuad kebangsaan pada 2007 hingga 2008.

Beliau kemudian kembali menerajui pasukan negara dari Mac 2024 sehingga Mac 2026.

"Salam takziah yang tulus kepada keluarga dan insan tersayang. Semoga mereka diberikan kekuatan, ketabahan dan ketenangan dalam menghadapi saat sukar ini. Semoga rohnya bersemadi dengan tenang," menurut KHM.