KUALA LUMPUR – Seorang lelaki melecur pada badan dan kaki dalam kebakaran yang memusnahkan tiga rumah setinggan di Kampung Kasipillay Sentul di sini, awal pagi Isnin.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mangsa berusia 26 tahun itu kemudian dihantar ke zon merah, Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan lanjut.