Kita semakin kaya, tetapi miskin masa?
Iklan
Dalam putaran kehidupan ini, ada satu kos paling penting yang jarang sekali dikira yakni masa. Foto hiasan
KOS sara hidup hari ini bukan lagi sekadar soal harga barang di pasar raya. Harga rumah, minyak, makanan, pendidikan, rawatan perubatan dan insurans semakin meningkat sedangkan pendapatan tidak semestinya berkembang pada kadar yang sama.
Akibatnya, ramai terpaksa bekerja lebih keras dan lebih lama, mengambil kerja sampingan atau berniaga kecil-kecilan demi mencukupkan keperluan diri dan keluarga.