Puteri bongsu Shahrizat sah bergelar isteri

Iklan
Shahrizat (kiri) bersama anak perempuannya, Izzana yang selamat diijabkabul dengan pasangannya pada Ahad. Foto: Instagram ShahrizatJalil

SHAH ALAM - Anak perempuan bongsu bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil iaitu Wan Izzana Fatimah Zabedah selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Adam Radlan Adam Muhammad pada Ahad.

Dengan sekali lafaz, Izzana sah bergelar isteri kepada Adam dalam majlis akad nikah yang menyaksikan bapanya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, menjadi wali.

Iklan
Iklan

Pasangan berkenaan dinikahkan dengan mas kahwin berupa seutas rantai berlian.

Majlis yang bertemakan 'The Enchanted Forest' itu berlangsung dalam suasana romantik dengan kedua-dua mempelai tampil serba putih.

Iklan

Izzana kelihatan anggun mengenakan persalinan RI Haute Couture dengan penampilannya disempurnakan dengan sentuhan solekan Khir Khalid.

Izzana dan Adam ketika majlis persandingan mereka pada Ahad. Foto: Instagram ShahrizatJalil

Iklan

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bersama pasangan masing-masing.

Dalam hantaran di media sosial, Shahrizat turut meluahkan rasa syukur sambil mendoakan agar keluarganya sentiasa mendapat keberkatan, perlindungan dan rahmat ALLAH SWT.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pereka fesyen, Datuk Rizalman Ibrahim dan Faizul Surani serta pasukan mereka yang membantu merealisasikan impian Izzana dan Adam untuk majlis perkahwinan berkenaan.