'Aku kena kuat demi ibu' - Anak sulung mangsa kemalangan lori JIM

Iklan
Luahan anak sulung kepada mangsa kemalangan lori JIM Rabu lalu. Gambar kanan: Foto kenangan Siti Nor Shakira (berdiri, kanan) bersama keluarganya.

SHAH ALAM – Anak sulung kepada mangsa kemalangan membabitkan lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, awal pagi Rabu lalu, mengakui kehilangan bapa dan dua adiknya dalam kejadian itu merupakan ujian berat yang perlu dihadapinya.

Siti Nor Shakira Shaik Mohd Firdaus, 28, berkata, dia cuba menguatkan diri untuk menghadapi kehilangan tiga anggota keluarganya, selain mahu terus kuat demi ibunya.

Iklan
Iklan

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata, pelbagai kenangan bersama bapa dan dua adiknya terus bermain di fikirannya dan tidak mungkin dilupakan sepanjang hayat.

"Along, jom makan?"..."Mat, jom pergi pasar malam?"...."Along, belanja Auni".

Iklan

"ALLAH, semua soalan ini masih terngiang-ngiang dalam kepala aku. Aku ada mereka sahaja di dunia ini, apa-apa pergi sana sini hanya dengan mereka.

Dalam kemalangan Rabu lalu, pesara tentera, Shaik Mohd Firdaus Shaikh Yahya, 53, bersama dua anaknya, Siti Nor Sazlin, 25, dan Siti Darwisyah Auni, 12, maut.

Iklan

Isteri Shaik Mohd Firdaus, Norhayati Razali, 55, pula cedera dan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Siti Nor Shakira tidak terbabit dalam kemalangan itu kerana tidak mengikuti keluarganya bercuti ke ibu negara.

Menerusi perkongsian sama, Siti Nor Shakira berkata, sehingga kini dia masih tidak percaya tiga ahli keluarganya pergi buat selama-lamanya dalam sekelip mata.

Katanya, dia amat menyayangi bapa dan kedua-dua adiknya serta akan merindui segala kenangan yang dilalui bersama mereka.

"Ya ALLAH... aku tak mampu nak hadap semua ini, tapi aku cuba kuat untuk hadapi. Aku kuat untuk ibu aku .

"Besar sangat ujian aku kali ni, sehari sebelum ulang tahun kelahiran aku, aku diuji sekelip mata kehilangan seorang ayah dan kedua-dua adik aku. Sampai hari ini aku masih tak percaya itu mereka.

"Keluarga kami kecil sahaja, dari lima orang sekarang hanya tinggal dua orang. ALLAH, aku tak mampu nak hadap semua ni tapi aku kena kuat demi ibu aku," katanya.

Siti Nor Shakira berkata, dia akan terus cuba menguatkan diri demi ibunya dan berharap ibunya segera sembuh.

"Aku sayang mereka sangat, aku akan rindu semua kenangan bersama mereka dan aku kena terima tiada lagi soalan ajakan dari seorang ayah.

"Sedekahkan al-Fatihah untuk mereka dan doakan semoga ibu cepat sembuh, aku cuba kuat untuk terima semua takdir aku.

"Tapi aku bersyukur semua yang baik-baik sahaja aku baca tentang mereka dan aku tak sangka mereka sebaik itu. Aku happy sebab ramai orang doakan dan sayang mereka," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nahas lori imigresen: Isteri tercari-cari suami, anak-anak sudah tiada

Guna lampu beacon, siren bukan tiket abai isyarat lampu merah - Pengarah JSPT

Mangsa keempat dilanggar lori imigresen stabil, dirawat di zon kuning HKL - Polis

Pemandu lori imigresen mengaku tidak bersalah 5 pertuduhan, diikat jamin RM60,000

Nahas tiga beranak maut: Pemandu 'Black Maria' Imigresen digantung tugas