Cucu Chef Wan, Lim You pacu Malayan Tigress raih tempat ketiga Piala Srikandi Merdeka

Iklan
Malaysia B-17 meraih tempat ketiga setelah menewaskan Jordan 4-0 dalam saingan Piala Srikandi Merdeka 2026 di Kudus, Indonesia. Foto FB Persatuan Bolasepak Malaysia

[DIKEMAS KINI] SKUAD negara bawah 17 tahun (B-17) menamatkan saingan Piala Srikandi Merdeka 2026 di tempat ketiga selepas membelasah Jordan 4-0 dalam aksi penentuan tempat ketiga di Indonesia sebentar tadi.

Skuad kendalian Fairuz Montana Zainal Abidin bangkit daripada kekalahan 1-5 kepada Thailand pada separuh akhir untuk menutup kempen dengan kemenangan bergaya.

Iklan
Iklan

Dalam aksi di Super Soccer Arena, Kudus itu, Malayan Tigress membuka tirai jaringan seawal minit pertama selepas Eman Muhannad tertampan bola ke gawang sendiri.

You Lim kemudian menggandakan kelebihan pada minit ke-39 menerusi penyudah kemas selepas memperdayakan dua pemain pertahanan Jordan.

Iklan

Jaringan itu menyaksikan You Lim terus menyerlah apabila meledak gol kelapannya sepanjang kejohanan.

Kapten Malaysia, Keisha Adeliena, menambah gol ketiga menerusi sepakan penalti pada minit ke-50.

Iklan

Cucu Chef Wan atau nama sebenarnya, Datuk Redzuawan Ismail, Isabella Safiyya O'Luanaigh melengkapkan kemenangan 4-0 menerusi jaringan pada penghujung permainan.

Keputusan itu memastikan Malaysia B-16 mengakhiri saingan di kedudukan ketiga Srikandi Merdeka Cup 2026.