Rundingan gagal, PM Kanada umum tarif 'dolar untuk dolar' ke atas AS

Iklan
Mark Carney

OTTAWA - Perdana Menteri Kanada Mark Carney pada Sabtu berucap di televisyen nasional bagi mmenggariskan kedudukan Kanada susulan kegagalan rundingan perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS), lapor Xinhua.

Beliau mengumumkan bahawa tarif timbal balik"dolar untuk dolar" Ottawa terhadap barangan AS bernilai AS$20 bilion (RMRM84 bilion) akan berkuat kuasa pada 8 September

Iklan
Iklan

Perdana menteri itu berkata tarif balas tersebut akan meliputi pelbagai sektor termasuk tenusu, keluli, peralatan, pulpa dan kertas serta elektronik.

AS dan Kanada gagal mencapai perjanjian perdagangan pada Jumaat dan AS mengenakan tarif 50 peratus ke atas barangan Kanada bernilai AS$20 bilion pada Sabtu yang berkuat kuasa selepas tengah malam.

Iklan

Menjelaskan mengapa rundingan gagal pada saat-saat akhir, Carney berkata walaupun kedua-dua pihak hampir mencapai perjanjian yang saling menguntungkan awal minggu ini, pihak AS memperkenalkan perubahan saat akhir yang"tidak adil, tidak ekonomik dan mempersoalkan kebolehpercayaan mana-mana perjanjian."

Tindakan pihak AS yang berulang kali tidak menghiraukan perjanjian perdagangan bebas sedia ada seperti Perjanjian Kanada-AS-Mexico (CUSMA) menghantar isyarat buruk kepada perniagaan antarabangsa dan"sudah tentu bukan berita baik" untuk memperbaharui perjanjian itu pada masa hadapan, Carney memberi amaran.

Iklan

Keretakan itu berlaku ketika AS, Mexico dan Kanada cuba memperbaharui CUSMA, perjanjian perdagangan yang dirundingkan Trump dalam penggal pertamanya dan pernah dipuji sebagai satu kejayaan.

AS telah memulakan rundingan rasmi dengan Mexico untuk merombak perjanjian itu namun rundingan dengan Kanada masih belum bermula.

CUSMA merupakan pakatan perdagangan tiga hala yang menggantikan Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara, berkuat kuasa pada 1 Julai 2020.

Pada 1 Julai 2026, AS secara rasmi menolak untuk memperbaharui perjanjian untuk tempoh 16 tahun lagi, mencetuskan proses semakan tahunan sehingga pakatan itu tamat pada 2036.

Ketika ditanya mengapa Kanada memasuki pertikaian perdagangan, perdana menteri dengan tegas menyatakan:"Kerana kami diserang."

Carney mengulangi keyakinannya terhadap daya tahan ekonomi Kanada, mengetengahkan bahawa Kanada mencipta pekerjaan pada kadar empat kali ganda daripada AS dengan pelaburan langsung asing mencecah paras tertinggi dalam 20 tahun.

"Kanada menjadi lebih kuat dan kurang bergantung pada AS,” katanya. - Bernama