Kopi perpaduan

Iklan
Kopi perpaduan di Kedai Kopi Hai Peng, Chukai. - Bernama

CHUKAI - Kopi dan roti bakar antara minuman serta makanan istimewa di Kedai Kopi Hai Peng. Kedai kopi berusia lebih lapan dekad itu bukan sekadar menjadi tempat penduduk setempat menikmati secawan kopi, malah menjadi saksi perjalanan sejarah serta lambang perpaduan masyarakat pelbagai kaum sejak sebelum negara mencapai kemerdekaan hingga kini.

Mula beroperasi pada 1940, bangunan kayunya terkenal sebagai premis yang menjadi tempat masyarakat Melayu, Cina dan India berkumpul, berbual serta mengeratkan hubungan dalam suasana harmoni, sekali gus menunjukkan semangat perpaduan telah terjalin sejak sebelum negara mencapai kemerdekaan.

Iklan
Iklan

Richard, yang merupakan generasi ketiga keluarga pengusaha kedai berkenaan, berbangga dapat mempertahan dan meneruskan legasi perniagaan yang diwarisi keluarganya sejak 86 tahun lepas. - Bernama