UIAM tamatkan khidmat Dr Solehah 27 April lalu

Iklan
Perkhidmatan Dr Solehah Yaacob sebagai kakitangan akademik di UIAM telah ditamatkan pada 27 April lalu.

SHAH ALAM - Perkhidmatan Dr Solehah Yaacob sebagai kakitangan akademik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah ditamatkan pada 27 April lalu.

Pejabat Komunikasi, Advokasi dan Promosi (OCAP) UIAM dalam satu kenyataan memaklumkan, penggunaan sebarang gelaran, jawatan atau apa-apa bentuk kaitan rasmi dengan universiti itu oleh beliau tidak lagi dibenarkan.

Iklan
Iklan

Jelas kenyataan itu lagi, susulan penamatan tersebut ahli akademik berkenaan tidak lagi memegang jawatan sebagai profesor atau mewakili institusi pendidikan tinggi (IPT) tersebut dalam sebarang perjawatan.

“Ia juga merangkumi kandungan media sosial, bahan publisiti atau bahan hebahan lain, sama ada secara langsung atau tidak langsung,” kata kenyataan itu pada Ahad.

Iklan

Solehah sebelum ini mendapat perhatian umum susulan beberapa pandangan kontroversi beliau termasuk mengenai sejarah dan tamadun Melayu.

Menerusi kenyataan itu, beliau mendakwa masyarakat Rom purba mempelajari teknologi pembinaan kapal daripada masyarakat Alam Melayu.

Iklan

Terbaharu, beliau membentangkan teori bahawa kekayaan bijih besi di Kedah purba mungkin berpunca daripada hujan meteor pada zaman silam.

Mengulas lanjut, UIAM berkata, dengan adanya penjelasan mengenai kedudukan Solehah dapat mengelakkan sebarang kekeliruan pada masa akan datang.

“UIAM berharap dengan penjelasan mengenai status perkhidmatan dan kaitan rasmi Solehah dengan universiti ini dapat mengelakkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai,” katanya.