BN pertimbang formula bersesuaian hadapi PRN Melaka

Iklan
Khalid Nordin

KOTA TINGGI - Barisan Nasional (BN) akan mempertimbangkan formula bersesuaian jika pilihan raya negeri (PRN) Melaka diadakan nanti.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, BN tidak mungkin bertanding secara solo seperti di Johor atau bekerjasama dengan parti lain semasa PRN Negeri Sembilan baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, perkara itu akan dibincangkan semasa Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 28 Ogos nanti dengan melihat kriteria terbaik untuk menghadapi PRN Melaka.

“Di Negeri Sembilan, ia menunjukkan formula satu kerjasama manakala di Melaka kita belum putuskan tetapi tidak ada formula yang sama bagi setiap negeri,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Kenduri Kesyukuran Barisan Nasional di Dewan Jubli Intan, Kota Tinggi pada Sabtu.

Iklan

Ketika ini, agenda mesyuarat MKT masih belum memutuskan hala tuju UMNO, namun perkara itu menjadi keutamaan perbincangan bagi menghadapi siri pilihan raya seterusnya.

Mohamed Khaled berkata, situasi semasa menunjukkan landskap politik negara berada dalam fasa pelik, yang mana ada parti boleh bekerjasama di satu peringkat dan bersaing di peringkat lain.

Iklan

“Tetapi peringkat-peringkat itu berbeza-beza sebab satu peringkat hendak mengurus sebagai kerajaan, satu lagi peringkat ialah untuk mendapat mandat daripada rakyat,” ulasnya.

Justeru, katanya, situasi politik sekarang seharusnya lebih matang sekali gus mampu membezakan perkara-perkara tersebut.