Pas jemput Presiden UMNO ke muktamar

Iklan
Takiyuddin Hassan

KOTA BHARU - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi antara pemimpin utama yang dijemput oleh Pas untuk menghadiri Muktamar kali ke 72 parti itu pada 2 hingga 5 September ini.

Menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, selain itu tiga lagi pemimpin tertinggi daripada parti tersebut turut dijemput.

Iklan
Iklan

"Setakat ini kami masih menunggu jawapan balas dari UMNO. Saya akan hubungi dan kita ada lebih kurang 10 hari lagi," katanya semasa sidang akhbar pada malam Sabtu.

Sebelum itu beliau menyampaikan ceramah isu semasa peringkat Parlimen Kota Bharu di Jalan Seri Cemerlang di sini.

Iklan

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Pas mengesahkan akan mengundang pimpinan UMNO hadir ke Muktamar kali ke 72 parti itu di Kelantan yang dijadual bermula 2 hingga 5 September ini.

Menurut beliau, surat jemputan kepada Presiden dan tiga pemimpin UMNO sudah dihantar kira-kira tiga hari lalu.

Iklan

Beliau berharap pemimpin UMNO itu dapat hadir jika mempunyai kelapangan.