Beza reformis dengan penunggang reformasi
Iklan
Anwar pernah membawa reformasi sebagai perjuangan untuk membetulkan sistem. Foto fail Bernama
DALAM politik, prinsip paling mudah dilaungkan ketika menjadi pembangkang. Namun ujian sebenar bermula apabila kuasa berada di tangan sendiri.
Ketika itulah rakyat dapat membezakan antara reformis sebenar dengan penunggang reformasi, selain menilai sama ada sesuatu perjuangan benar-benar berprinsip atau sekadar senjata politik untuk menyerang kerajaan.