Empat maut, lebih 10 hilang bot migran tenggelam di tenggara Tunisia

Iklan
Lebih 10 orang masih hilang selepas sebuah bot yang membawa migran tenggelam di luar pantai Ben Guerdane di tenggara Tunisia. Gambar hiasan - Foto pixabay

TUNIS - Empat mayat ditemukan manakala lebih 10 orang lagi masih hilang selepas sebuah bot yang membawa migran tenggelam di luar pantai Ben Guerdane di tenggara Tunisia, lapor Xinhua pada Sabtu yang memetik media tempatan.

Kejadian berlaku pada lewat Jumaat malam selepas Pusat Maritim Zarzis menerima isyarat kecemasan berhubung sebuah bot yang membawa lebih 15 orang, termasuk seorang wanita hamil.

Iklan
Iklan

Nelayan tempatan dan pemilik bot dari pelabuhan El Ktef, Zarzis dan Djerba dengan pantas menyertai pasukan keselamatan dalam usaha menyelamat.

Pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan dua pemuda muda dari air. Seorang daripadanya dipindahkan ke Hospital Wilayah Zarzis dan berada dalam keadaan kritikal.

Iklan

Berdasarkan laporan awal dan keterangan mangsa yang selamat, bot berkenaan dalam perjalanan menuju ke pantai Itali apabila mengalami kegagalan enjin sebelum tenggelam.

Walaupun penumpang dilaporkan memakai jaket keselamatan, keadaan cuaca buruk dan arus kuat menyebabkan mereka hanyut dan terpisah ke kawasan yang lebih luas selepas kapal itu terbalik.

Iklan

Operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan, dengan unit keselamatan maritim serta bot nelayan berlesen terus menyisir kawasan berkenaan bagi mengesan penumpang yang hilang.

Terletak di bahagian tengah Laut Mediterranean, Tunisia merupakan antara laluan transit paling popular bagi pendatang tanpa izin untuk berlepas ke Eropah. - Bernama-Xinhua