Pengurusan MINDEF, ATM: Menteri Pertahanan akan menghadap Tunku Mahkota Ismail dalam masa terdekat

Iklan
Mohamed Khaled pada Majlis Kesyukuran Barisan Nasional Kota Tinggi pada Sabtu.

KOTA TINGGI - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan menghadap Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berhubung titah Baginda mengenai pengurusan di Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sesi menghadap itu sudah pastinya menumpukan ke arah kebaikan MINDEF.

Iklan
Iklan

“Saya percaya kenyataan dan titah itu perlu kita beri gambaran yang jelas dan mungkin kita boleh sama-sama perbaiki keadaan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Kesyukuran Barisan Nasional Kota Tinggi pada Sabtu.

Iklan

Terdahulu, Tunku Mahkota Ismail bertitah, semua pihak yang terbabit dalam merancang Rejimen Gerak Khas (RGK) diingatkan supaya tidak mengubah keputusan yang telah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim demi kepentingan pihak tertentu.

Titahnya, perancangan dan pembangunan perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong selaku Kolonal Komandan RGK dan dilaksanakan dengan penuh amanah serta tanggungjawab demi keselamatan negara.

Iklan

“Saya tahu siapa yang kawal KSU (Ketua Setiausaha) Kementerian Pertahanan. Insya-ALLAH kita akan berjumpa pada masa terdekat yang bertujuan untuk selesaikan “kanser” yang tidak patut wujud dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” titahnya.

Tunku Mahkota Ismail bertitah, pucuk kepimpinan MINDEF, ATM dan Tentera Darat Malaysia mempunyai tanggungjawab memastikan keperluan RGK dari segi kelengkapan, persenjataan, mobiliti, teknologi, sistem sokongan serta aset operasi berada pada tahap terbaik.

Baginda bertitah, keperluan itu semakin penting memandangkan landskap keselamatan kini jauh lebih kompleks dan sukar diramal susulan perubahan geopolitik Indo-Pasifik, perkembangan di Laut China Selatan serta persaingan kuasa-kuasa besar.