RAMALLAH - Peneroka haram Israel membina pos penempatan baharu di atas tanah milik perseorangan di pekan Turmus Ayya, di utara Ramallah, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).
Ahli Majlis Perbandaran Turmus Ayya Awad Abu Samra memberitahu WAFA pada Sabtu bahawa puluhan peneroka haram menyerbu kawasan Marj Si'a, yang terletak di antara Turmus Ayya dan Al-Mughayyir, lalu mendirikan rumah mudah alih di atas tanah milik Muhammad Ziyad Talib Hazma.