ELSENBORN - Kebakaran hutan melanda seluruh Eropah pada musim panas kali ini mendedahkan ancaman berpotensi membawa maut tersembunyi di bawah kawasan yang musnah iaitu bom dan periuk api tinggalan Perang Dunia Pertama dan Kedua.
Sebahagian senjata itu meletup akibat suhu panas melampau.
Iklan
Iklan
Letupan dilaporkan berlaku di Perancis, Belgium, Jerman dan Belanda.
Pasukan pakar pemusnah bom telah dikerahkan untuk memeriksa kawasan hutan yang diancam kebakaran berhampiran lokasi pertempuran sengit di wilayah Limburg pada 1944.
Kemarau turut mendedahkan longgokan senjata tinggalan perang yang tertimbus di dasar berikutan paras air sungai utama dan tasik di beberapa negara kini menyusut. - Agensi