Gempa bumi kuat magnitud 6.2 landa Laut Scotia

Iklan
Gempa bumi bermagnitud 6.2 dilaporkan berlaku di Laut Scotia pada 4.22 petang Sabtu. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 dilaporkan berlaku di Laut Scotia pada 4.22 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa bumi itu berpusat pada koordinat 60.3 darjah selatan dan 47.5 darjah barat, kira-kira 2,712 kilometer tenggara dari Puerto Montt, Chile.

Iklan
Iklan

"Gempa bumi berkenaan berlaku pada kedalaman 10 kilometer,” menurut kenyataan itu.

Menurut MetMalaysia, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian itu. - Bernama

Iklan

 

 

Iklan