Dua ditikam ketika beribadat di kuil Sikh di Kanada

Iklan
Kejadian itu berlaku ketika kes kebencian terhadap masyarakat Sikh yang direkodkan semakin meningkat di seluruh Kanada. Gambar hiasan - Foto sumbar pixabay

TRENTON (Kanada) -  Seorang lelaki ditahan selepas menikam dua individu ketika mereka sedang beribadat di sebuah kuil Sikh di Edmonton, Alberta pada Jumaat, lapor Anadolu Ajansi memetik polis Kanada.

Suspek turut mencemarkan kesucian kitab suci Sikh, Sri Guru Granth Sahib.

Iklan
Iklan

Menurut polis, kedua-dua mangsa menerima rawatan di tempat kejadian bagi kecederaan yang tidak mengancam nyawa. Kejadian berlaku di Nanaskar Gurdwara (kuil).

Pertubuhan Sikh Sedunia menyatakan pihaknya"amat bimbang” dengan kejadian itu yang berlaku ketika keadaan bagi masyarakat Sikh di Alberta berada pada"tahap membimbangkan”.

Iklan

"Baru semalam, polis Calgary (Alberta) mengesahkan mereka sedang menyiasat panggilan berunsur ancaman terhadap dua gurdwara Sikh di timur laut Calgary, termasuk ancaman yang ditujukan kepada Pusat Kebudayaan Dashmesh,” menurut pertubuhan itu.

"Awal bulan ini, seorang pemandu lori Sikh ... menerima komen berkaitan identiti agamanya sebelum diserang secara fizikal di sebuah Walmart di Edmonton.

Iklan

"Kejadian ini berlaku ketika kes kebencian terhadap masyarakat Sikh yang direkodkan semakin meningkat di seluruh Kanada,” menurut pertubuhan itu.

Presiden Pertubuhan Sikh Sedunia, Danish Singh berkata, pihak berkuasa sebelum ini telah dimaklumkan mengenai peningkatan berkenaan.

"Kami sudah sekian lama memberi amaran bahawa kebencian terhadap masyarakat Sikh semakin meningkat di Kanada dan jika dibiarkan tanpa tindakan, retorik kebencian boleh bertukar menjadi ancaman serta keganasan sebenar,” katanya.

Singh berkata, susulan kejadian pada Jumaat, gurdwara di seluruh Kanada telah diberi amaran supaya memperketat kawalan keselamatan dan terus berwaspada. - Bernama-Anadolu