Hampir separuh pemain dijangkiti influenza, aksi NSFC-KL City ditangguhkan

Iklan
Aksi Liga Super antara NSFC dan KL City di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada Sabtu ditangguhkan.

AKSI Liga Super antara Negeri Sembilan FC (NSFC) dan Kuala Lumpur City FC (KL City) di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada 5 petang ini tidak dapat dilangsungkan selepas hampir separuh pemain skuad warga kota disahkan dijangkiti influenza.

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memaklumkan keputusan itu dibuat selepas menerima permohonan rasmi daripada KL City berhubung keadaan kesihatan pemain-pemain mereka.

Iklan
Iklan

Menurut MFL, KL City dalam permohonan rasmi menyatakan 15 pemain dan dua pegawai pasukan mengalami simptom demam, batuk, selsema dan cirit-birit menerusi surat laporan perubatan kepada MFL.

"Menurut kelab itu kesemua pemain dan pegawai terbabit akan dirujuk ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling untuk rawatan lanjut memandangkan penyakit itu mudah merebak dan memerlukan masa bagi tujuan pemulihan.

Iklan

"Setelah menilai permohonan serta keadaan dihadapi Kuala Lumpur City FC, MFL memutuskan bahawa perlawanan itu tidak dapat dilangsungkan bagi memastikan aspek kebajikan dan kesihatan pemain serta pegawai pasukan diberikan keutamaan,” menurut kenyataan itu.

MFL bagaimanapun memaklumkan akan membawa perkara berkenaan ke peringkat Ahli Lembaga Pengarah badan itu untuk membuat keputusan mengenai status perlawanan tersebut dalam masa terdekat. - Bernama

Iklan