PM Anwar dikurnia Darjah Kerabat Brunei

Iklan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dikurniakan Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (D.K.) daripada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah. Foto Awani

BANDAR SERI BEGAWAN - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dikurniakan Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (D.K.) daripada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.

Anugerah itu membawa gelaran Dato Laila Utama.

Iklan
Iklan

Istiadat pengurniaan darjah kebesaran itu berlangsung pada majlis menghadap di Cheradi Laila Kenchana, Istana Nurul Iman di sini yang turut disaksikan Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah.

Hadir sama Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Iklan

Terdahulu, Anwar dan delegasi Malaysia tiba di Istana Nurul Iman kira-kira 11 pagi.

Sultan Hassanal Bolkiah dan Anwar dijangka menyaksikan majlis memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai jawatankuasa kerjasama pengurusan bencana.

Iklan

Anwar tiba di sini semalam untuk lawatan kerja selama dua hari bagi menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan ke-27 (ALC-27) antara Malaysia dan Brunei. - Bernama