MAHA 2026: Agrobank tawar sebuah motosikal untuk dimenangi setiap hari

Iklan
Zulhisham Zailan (lapan dari kiri) bersama ahli Kelab Media Putrajaya dalam program sukan pickleball pada Jumaat.

PUTRAJAYA – Penyedia perkhidmatan kewangan, Agrobank menawarkan sebuah motosikal Y16 untuk dimenangi pengunjung setiap hari sepanjang penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Agrobank, Zulhisham Zailan berkata, hanya dengan membeli produk takaful serendah RM10, orang ramai berpeluang menyertai cabutan bertuah itu di Pavilion Agrobank, Hall A, MAEPS.

Iklan
Iklan

"Setiap hari selama 10 hari, pengunjung berpeluang memenangi motosikal," katanya pada sesi sidang akhbar selepas Program Pickleball bersama Kelab Media Putrajaya pada Jumaat.

Menurutnya, produk takaful berkenaan memberi perlindungan kepada pencarum sehingga RM10,000.

Iklan

"Dengan bayaran pembelian RM10 itu, setiap hari pencarum berpeluang memenangi cabutan bertuah. Kalau ada rezeki pengunjung ada di situ, terus bawa balik motosikal," jelas beliau.

MAHA 2026 akan diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) dari 28 Ogos hingga 6 September dengan bertemakan “Penciptaan Nilai Demi Keterjaminan Makanan”, selain mengetengahkan konsep pemodenan dan inovasi pertanian serta pelbagai produk, teknologi, perkhidmatan dan peluang dalam sektor agromakanan.

Iklan

Zulhisham Zailan

Sementara itu, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Agrobank, Zulkeefli Mad Karim berkata, penglibatan Agrobank dalam MAHA 2026 turut selari dengan mandatnya untuk membantu mengembangkan sektor pertanian dan memperkukuh keterjaminan makanan negara.

“Kalau bank komersial didorong oleh keuntungan, kami di Agrobank pula untuk melaksanakan mandat.

“Pertanian dan juga keterjaminan makanan penting untuk kita bukan sahaja dari segi kemerdekaan daripada situasi politik semasa tetapi kemerdekaan untuk kita dapatkan makanan sendiri,” katanya.

Beliau berkata, Malaysia sebelum ini pernah berdepan masalah bekalan makanan termasuk beras dan bawang sehingga perlu mendapatkan bekalan dari negara lain.

“Pada satu masa dulu kita hadapi masalah beras, kita hadapi masalah bawang dan kita terpaksa pergi ke negara tersebut untuk minta dikembalikan. Kita tidak mahu ia berulang lagi,” jelas beliau.

Menurutnya, Agrobank mahu memberi peluang kepada usahawan dan peniaga tempatan untuk mengembangkan perniagaan menerusi kemudahan pembiayaan yang disediakan.

“Kami di Agrobank memang mandat kami untuk menyediakan kemudahan pembiayaan bagi memastikan keterjaminan makanan dan juga pertanian ini sentiasa berkembang untuk kebaikan Malaysia,” katanya.