Kalau guru tak bahagia, murid tak ceria
Iklan
Cabaran pendidikan hari ini bukan hanya soal akademik, tetapi turut melibatkan keselamatan dan kesejahteraan warga sekolah.Gambar kiri: Anuar
RENTETAN kes pelajar ditikam, pelajar jatuh dari bangunan sekolah, buli yang terus berulang serta kematian guru mencetuskan persoalan besar tentang keselamatan dan kesejahteraan warga sekolah.
Pakar pendidikan, Dr Anuar Ahmad berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) perlu memandang serius perkembangan itu dan membina semula keyakinan masyarakat, khususnya ibu bapa bahawa sekolah kekal menjadi tempat yang selamat untuk anak-anak — bukan sahaja dari segi fizikal, tetapi juga mental, kebajikan dan kesejahteraan.