Di sebalik 'lembah salji' tersembunyi bahaya

Iklan
Tapak itu terus menjadi sensasi di media sosial apabila segelintir pempengaruh dan jurugambar membantu meningkatkan popularitinya.

KISHANGARH - Hamparan luas sisa marmar berwarna putih di barat laut India kini menjadi tumpuan pelancong, pembikin filem dan pengguna media sosial kerana pemandangannya seakan-akan lembah yang diselaputi salji.

Kawasan dipenuhi lumpur marmar putih dan serpihan batu yang terhasil daripada proses memotong serta menggilap blok marmar dan granit itu terletak di Kishangarh, sebuah hab pemprosesan marmar utama di negeri Rajasthan.

Iklan
Iklan

Tapak seluas 33 hektar itu menjadi tempat pembuangan lebih 5,500 tan sisa lumpur marmar daripada lebih 1,200 kilang pemprosesan pada setiap hari

Tapak seluas 33 hektar itu menjadi tempat pembuangan lebih 5,500 tan sisa lumpur marmar daripada lebih 1,200 kilang pemprosesan pada setiap hari, sekali gus menjadikannya antara tapak pelupusan sisa terbesar di Asia.

Iklan

“Anak lelaki saya sudah beberapa kali berkunjung ke sini. Menurutnya, tempat ini sangat cantik dan dia mahu kami sekeluarga turut merasai pengalaman menakjubkan berada di sini,” kata Jameel Ahmad Abdul Hameed Moomin yang sanggup melakukan perjalanan dari Maharashtra untuk menyaksikan sendiri pemandangan unik di tapak pelupusan marmar Kishangarh.

Tarikan pelancongan yang tular itu mula mendapat perhatian selepas pelawak, Kapil Sharma menggunakan lokasi tersebut sebagai latar dalam filem komedinya pada 2015. Sejak itu, ia turut muncul dalam beberapa filem Bollywood dan video muzik.

Iklan

Kebanyakan pengunjung memuji landskapnya yang kelihatan seperti dunia lain.

Kawasan tersebut turut tersenarai di Google Maps sebagai salah satu lokasi tarikan pelancong dengan nama 'Dumping Yard Kishangarh' dan memperoleh penarafan 4.4 bintang daripada lebih 6,800 ulasan. Kebanyakan pengunjung memuji landskapnya yang kelihatan seperti dunia lain malah berkongsi tip tentang waktu terbaik untuk berkunjung.

Tapak itu terus menjadi sensasi di media sosial apabila segelintir pempengaruh dan jurugambar membantu meningkatkan popularitinya.

Beberapa perniagaan tempatan juga mengambil kesempatan mempromosikan lokasi itu sebagai destinasi unik untuk sesi fotografi dan rakaman video pra perkahwinan. Sesetengah pakej turut menawarkan aktiviti menunggang kuda kepada pengunjung.

Ramai pengunjung tidak menyedari sisa marmar tersebut memberi risiko kepada kesihatan mereka.

Namun, ramai pengunjung tidak menyedari sisa marmar tersebut memberi risiko kepada kesihatan mereka.

Menurut penyelidik, habuk marmar halus boleh menyebabkan penyakit pernafasan dan masalah kesihatan lain.

“Terdapat peningkatan ketara dalam kandungan kalsium karbonat. Lama-kelamaan, tanah menjadi tandus dan kurang subur serta jumlah bahan pepejal yang terlarut dalam air (TDS) meningkat sehingga tidak lagi selamat untuk diminum,” ujar Ketua Jabatan Sains Alam Sekitar di Maharshi Dayanand Saraswati University, Subroto Dutta.

Pemandangan di kawasan itu sememangnya menakjubkan.

Pihak berkuasa telah berulang kali memberi amaran tentang kesan alam sekitar akibat pelupusan sisa marmar di kawasan tersebut termasuk risiko pencemaran udara oleh habuk dan pencemaran air bawah tanah.

Bagi komuniti setempat di Kishangarh, di sebalik pemandangan timbunan putih yang memukau, tersembunyi kesan pencemaran yang semakin membimbangkan.

Kajian Universiti Pusat Rajasthan pada 2022 mendapati lebih 200,000 pekerja industri dan penduduk di kawasan sekitar terdedah kepada pencemaran tersebut secara berkala.

Menurut kajian Universiti Pusat Rajasthan pada 2022, lebih 200,000 pekerja industri dan penduduk di kawasan sekitar terdedah kepada pencemaran tersebut secara berkala.

“Di kampung kami, paras fluorida dalam air sangat tinggi. Tanah menjadi keras dan hasil tanaman semakin berkurangan. Kanak-kanak dan warga emas juga mula mengalami masalah kesihatan,” kata penduduk, Mona Gujjar. - SUMBER: AGENSI/ AFP