Bayang Amerika hampiri Sabah
Iklan
Anggota tentera Amerika Syarikat mengendalikan sistem roket HIMARS di Pulau Balabac semasa latihan Balikatan 2026. Gambar kecil Aizat (kiri) dan Mohd Yazid
PULAU Balabac di hujung selatan Palawan, Filipina mungkin kelihatan seperti sebuah pulau terpencil, namun kedudukannya kini semakin penting dalam percaturan keselamatan serantau apabila Filipina memperkukuh kemudahan ketenteraan di situ dan Amerika Syarikat (AS) mendapat akses melalui Perjanjian Kerjasama Pertahanan Dipertingkat (EDCA).
Lebih dekat dengan Malaysia, pulau itu terletak kira-kira 50 kilometer dari Pulau Banggi, Sabah, menjadikan perkembangan di Balabac bukan lagi sekadar isu Manila-Washington atau persaingan AS-China di Laut China Selatan.