BN kemungkinan besar pilih PH - Penganalisis
Iklan
Penganalisis menjangkakan BN berkemungkinan besar akan memilih untuk bekerjasama dengan PH bagi menghadapi PRN Melaka tidak lama lagi.
SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) berkemungkinan besar akan memilih untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi PRN Melaka tidak lama lagi.
Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sabah, Profesor Madya Dr Syahruddin Awang Ahmad berkata, jangkaan itu mengambil kira perkembangan semasa berikutan wujud kenyataan yang mahukan formula Kerajaan Perpaduan dikekalkan di negeri berkenaan.