NGO kebajikan haiwan digesa bantu PBT tangani anjing liar

Iklan
Firdaus Wong

SHAH ALAM - Badan bukan kerajaan (NGO) yang menguruskan kebajikan haiwan digesa memberikan cadangan lebih bernas berhubung langkah mengendalikan anjing liar selain menyampaikan pemahaman kepada semua pemilik.

Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung berkata, pihaknya percaya pertubuhan kebajikan haiwan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) mampu memainkan peranan sebaiknya dalam menangani isu itu.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun menurut beliau, menjadi satu kepelikan apabila setiap kali berlaku isu kecederaan atau kematian membabitkan kucing dan anjing liar, tiada pihak sudi bertanggungjawab mahupun mengakui pemilik kepada haiwan tersebut.

"Bukannya nak cari salah sesiapa tapi kita perlu lihat dengan adanya kucing atau anjing liar, mahu tak mahu mereka (pertubuhan kebajikan) yang dikatakan kononnya menyayangi dan mencintai haiwan ini juga mesti dipertanggungjawabkan.

Iklan

"Disebabkan ada pemilik tidak mahu ambil tanggungjawab jaga anjing, mereka memilih buang di tepi jalan atas faktor kewangan sehinggakan haiwan ini beranak-pinak.

"Kemudiannya menjadi liar dan mengganggu ketenteraman orang awam yang menyebabkan banyaknya anjing liar ini kebanyakannya berpunca daripada golongan yang mendakwa dirinya pencinta haiwan," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Ditanya lebih lanjut tentang pihak yang patut dipertanggungjawabkan, Firdaus memberikan dua pendapat.

Kata beliau, menjadi tanggungjawab pemilik anjing peliharaan untuk mengambil lesen serta mengikuti prosedur sewajarnya bagi memastikan haiwan itu disimpan dalam rumah dan tidak berubah liar.

Pada hemat beliau, anjing itu juga tidak boleh dibiarkan keluar berleluasa begitu sahaja tanpa diikat pada rantai demi jaminan keselamatan orang awam.

"Tetapi apabila kita bercakap tentang anjing liar yang tidak bertuan, tiada lesen dan lain-lain, sudah tentu ia tanggungjawab PBT untuk mengambil tindakan sewajarnya.

"Kita boleh lihat di kawasan sama dengan kejadian baru-baru ini, beberapa bulan sebelumnya ada individu yang terlantar koma kerana selepas dikejar anjing, dia jatuh. Ini perkara yang sangat serius," ujarnya.

Firdaus berkata, saluran aduan sedia ada sudah memadai kerana difahamkan selepas insiden tangkapan anjing jantan bernama Rocky yang berakhir dengan kematian, Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) menerima hampir 100 laporan tentang anjing liar di kawasan sama berbanding kira-kira hanya 50 aduan sebelumnya.

"Bila rakyat dah mengadu, PBT perlulah tangkap segera tapi apabila dah buat, pertubuhan haiwan bising pula. Apa kata mereka turut serta bantu PBT tangkap anjing liar?

"Kita nak lihat bagaimana pertubuhan buat kerja. Isu ini membuatkan banyak pihak rugi masa, wang dan tenaga lebih-lebih lagi keluarga mangsa. Tapi tiada pihak yang boleh disabit untuk dipertanggungjawabkan," katanya lagi.