Orang Melayu 'lega' DAP kekal dalam kerajaan
Iklan
Sekiranya DAP keluar daripada kerajaan, pendirian sesetengah pengundi Melayu untuk menentang PH mungkin goyang
DAP telah memutuskan untuk kekal dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan. Bagi masyarakat Cina, keputusan ini sedikit sebanyak melegakan kerana mereka beranggapan bahawa adanya wakil DAP dalam kerajaan memudahkan urusan dan kepentingan mereka dibawa ke peringkat kerajaan.
Namun begitu yang menariknya, sebahagian besar masyarakat Melayu, khususnya pengundi di Semenanjung Malaysia juga sebenarnya mempunyai perasaan yang sama — dan keadaan ini agak menghairankan.