Berani menyahut seruan
Iklan
Tunku Zain (belakang, tujuh dari kiri) ketika Malam Pembukaan Nine Arts Festival. FOTO: FACEBOOK TALENTCORPMALAYSIA
JARANG sekali sesuatu yang tersenarai dalam senarai impian tercapai secara kebetulan dan dalam tempoh yang begitu singkat. Hanya tiga hari sebelum Konsert Diraja Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ketika sesi latihan diadakan untuk menentukan sama ada saya akan membuat persembahan atau tidak, konduktor entah bagaimana tiada di podium ketika latihan Lagu Negeri Sembilan hendak dimulakan.
Seorang pemain biola memberi isyarat supaya saya mengendalikan orkestra dan satu langkah ke hadapan yang separuh bergurau (yang mungkin mencetuskan tepukan separuh menyindir) membawa kepada satu episod agak kelam-kabut 'alah bisa tegal biasa'.