Integriti 'penyelia senyap' BDR
Iklan
BDR menawarkan pelbagai kelebihan termasuk masa perjalanan ke pejabat dapat dijimatkan. Gambar kecil: Noor Azwani
LANSKAP pekerjaan masa kini mengalami perubahan seiring kepantasan teknologi. Perkara yang dahulunya dianggap mustahil kini menjadi norma baharu.
Mesyuarat berlangsung di ruang tamu rumah, laporan disiapkan di meja makan dan arahan kerja dihantar hanya melalui satu sentuhan jari. Pelaksanaan konsep bekerja dari rumah (BDR) yang mula diperluaskan sejak pandemik Covid-19 telah mengubah cara manusia bekerja dan memahami makna disiplin, amanah dan integriti dalam kehidupan seharian.