Bank Islam umum persaraan Pengerusi Tan Sri Dr Ismail Bakar

Iklan
BANK Islam Malaysia Berhad mengumumkan persaraan Pengerusi, Tan Sri Dr Ismail Bakar (gambar kecil) berkuat kuasa 22 Ogos 2026.

BANK Islam Malaysia Berhad (Bank Islam atau Kumpulan) mengumumkan persaraan Pengerusi, Tan Sri Dr Ismail Bakar, berkuat kuasa 22 Ogos 2026.

Beliau telah berkhidmat selama enam tahun di Lembaga Pengarah Bank Islam, termasuk sebagai Pengerusi sejak Ogos 2020.

Iklan
Iklan

Sepanjang tempoh perkhidmatan itu, Ismail memainkan peranan penting menerusi kepimpinan berwibawa dan panduan strategik yang jelas dalam menyokong pertumbuhan Kumpulan, memperkukuh amalan tadbir urus korporat serta mencipta nilai mampan untuk semua pihak berkepentingan.

Lembaga Pengarah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ismail atas sumbangan bermakna dan komitmen beliau dalam mengukuhkan rangka kerja tadbir urus Kumpulan, menyokong agenda transformasi korporat serta memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju institusi perbankan Islam berasaskan nilai.

Iklan

Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan Kumpulan terhadap amalan tadbir urus yang teguh, kesinambungan kepimpinan dan pelaksanaan perancangan penggantian tersusun, Mohd Yuzaidi Mohd Yusoff yang merupakan Pengarah Kanan Bebas Bukan Eksekutif (SINED), akan terus menjalankan peranannya sebagai SINED, termasuk mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengarah selaras dengan peruntukan Piagam Lembaga Pengarah.

Peranan itu berkuat kuasa 22 Ogos 2026 sehingga pelantikan Pengerusi baharu.

Iklan

Mohd Yuzaidi telah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Bank Islam sejak Julai 2019 dan kini mempengerusikan Jawatankuasa Risiko serta Jawatankuasa Pencalonan dan Ganjaran.

Lembaga Pengarah dan Pengurusan telah bekerjasama rapat bagi memastikan peralihan kepimpinan berkenaan berjalan lancar dan teratur.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Raja Datin Paduka Teh Maimunah Raja Abdul Aziz berkata, pihaknya merakamkan penghargaan tidak terhingga kepada Ismail atas kebijaksanaan, kepimpinan dan khidmat bakti beliau sepanjang tempoh perkhidmatannya.

“Bagi pihak Lembaga Pengarah, Pengurusan dan warga kerja Bank Islam, saya ingin merakamkan penghargaan tidak terhingga kepada Tan Sri Dr Ismail Haji Bakar atas kebijaksanaan, kepimpinan dan khidmat bakti beliau sepanjang tempoh perkhidmatannya.

“Kepimpinan beliau telah memainkan peranan penting dalam memperkukuh asas tadbir urus Kumpulan, memperteguh hala tuju strategik serta meningkatkan keupayaan institusi Bank Islam.

“Kami merakamkan setulus penghargaan atas segala sumbangan beliau terhadap perkembangan dan kejayaan Bank Islam serta mendoakan beliau terus dilimpahi kejayaan pada masa hadapan,” katanya.

Raja Teh Maimunah berkata, Lembaga Pengarah terus mengekalkan fungsi penuh dan komited memastikan pengawasan yang berkesan, tadbir urus yang kukuh serta pelaksanaan agenda strategik Kumpulan berjalan lancar sepanjang tempoh peralihan.

“Dengan bimbingan berterusan Lembaga Pengarah di bawah kepimpinan Mohd Yuzaidi serta kekuatan barisan pengurusan yang berpengalaman.

"Kami akan terus memberi tumpuan kepada pelaksanaan agenda strategik Kumpulan, menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan komuniti serta mencipta nilai yang mampan untuk para pemegang saham dan pihak berkepentingan,” katanya.