Buaya 500kg masuk perangkap Perhilitan

Iklan
Perhilitan Negeri Sembilan menangkap seekor buaya gergasi seberat kira-kira 500kg dan berukuran 5.5 meter di Sungai Tanjung Agas, Sungai Linggi pada Jumaat.

SEREMBAN - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan menangkap seekor buaya gergasi seberat kira-kira 500 kilogram (kg) dan berukuran 5.5 meter di Sungai Tanjung Agas, Sungai Linggi di sini hari ini.

Pengarah Perhilitan Negeri Sembilan Wan Mat Wan Harun berkata, reptilia betina yang dianggarkan berusia 70 tahun itu berjaya ditangkap selepas memasuki perangkap yang dipasang di kawasan berkenaan dua hari lepas.

Iklan
Iklan

"Perhilitan memasang perangkap buaya di lokasi berkenaan pada Rabu lepas susulan aduan berkaitan reptilia itu di Tanjung Agas. Lebih kurang 1.30 pagi tadi, orang awam melaporkan pintu perangkap telah turun, menandakan buaya telah memasukinya.

Beliau berkata, kejayaan menangkap buaya berkenaan melegakan penduduk setempat di sekitar Tanjung Agas yang sebelum ini bimbang dengan kehadiran reptilia itu, terutama selepas kejadian seorang pesara polis Jaafa Hasan, 62, cedera digigit buaya pada 25 Mei lepas. - Bernama

Iklan
Iklan