RCI TH: Bekas CEO Tabung Haji direman tujuh hari

Iklan
Bekas CEO Tabung Haji direman tujuh hari bermula Jumaat untuk membantu siasatan kes berkaitan pendedahan RCI Tabung Haji.

PUTRAJAYA - Seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Haji (TH) direman tujuh hari untuk membantu siasatan berkaitan pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai TH.

Perintah reman sehingga 27 Ogos dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Sebelum itu, lelaki berusia lingkungan 60-an itu dilihat tiba menaiki kenderaan kira-kira jam 9.35 pagi.

Ahli korporat yang memakai baju lokap SPRM warna oren itu kelihatan tenang dengan diiringi pegawai suruhanjaya tersebut.

Iklan

Terbaharu pada Jumaat lepas, SPRM menahan tujuh individu termasuk seorang wanita yang terdiri daripada seorang CEO, pengarah syarikat, bekas pengarah syarikat dan empat bekas pengurusan kanan Lembaga TH bersabit isu RCI tersebut.

Tertuduh pertama seorang CEO sebuah syarikat perkapalan bergelar Datuk berusia dalam lingkungan 60-an telah ditahan kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu ketika membuat bayaran kepada TH melibatkan pemalsuan dokumen kontrak sebuah syarikat petroleum untuk kepentingan syarikat miliknya.

Iklan

Bekas CEO Tabung Haji direman tujuh hari bermula Jumaat untuk membantu siasatan kes berkaitan pendedahan RCI Tabung Haji.

Tertuduh kedua dan ketiga yang masing-masing bergelar Datuk dan Datuk Seri berusia lingkungan 60-an pula ditahan kerana disyaki memperdayakan pegawai TH untuk membuat pelaburan ke sebuah syarikat pembinaan dengan menjanjikan potensi syarikat akan disenaraikan ke Bursa Saham Malaysia.

Manakala empat bekas pengurusan kanan TH berusia dalam lingkungan 50 hingga 60-an termasuk seorang bergelar Datuk Seri dan seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dengan amalan rasuah sehingga mendorong TH memasuki perjanjian pajakan empat buah hotel dengan sebuah syarikat di Arab Saudi berjumlah SR2.49 bilion yang telah menyebabkan kerugian kepada TH.

Bagaimanapun, hanya dua suspek lelaki iaitu CEO syarikat perkapalan dan pengarah syarikat pembinaan bergelar Datuk direman lima hari sehingga 19 Ogos, manakala lima lagi individu dilepaskan dengan jaminan SPRM kerana masalah kesihatan.

Sebelum ini, laporan RCI mengenai TH yang didedahkan kepada umum pada 29 Julai lalu merekodkan pelbagai kelemahan berkaitan pengurusan dan tadbir urus institusi itu bagi tempoh 2014 hingga 2020 serta mengemukakan 25 syor penambahbaikan.