PUTRAJAYA - Dua penunggang basikal warga tempatan maut selepas dirempuh sebuah kereta di kilometer 9.0 Jalan Persiaran Selatan, Putrajaya, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, kemalangan berlaku pada jam 10.15 malam, melibatkan sebuah kenderaan yang dipandu lelaki warga tempatan berusia lingkungan 40-an serta dua penunggang basikal lelaki masing-masing berusia lingkungan 40-an dan 30-an.