Mansuh AUKU, sejauh mana universiti akan bebas?
Iklan
Pemansuhan AUKU bukan sekadar memenuhi perjuangan mahasiswa, bahkan perlu menerokai hala tuju pentadbiran autonomi universiti lebih kukuh.
PENGUMUMAN Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) bukan sekadar memenuhi tuntutan lama gerakan mahasiswa.
Sebaliknya, ia perlu menjadi titik tolak kepada reformasi lebih besar yang menyentuh autonomi institusi, kebebasan akademik dan tadbir urus universiti awam.