Memahami gambaran besar dalam perjuangan
Iklan
Dalam politik, terdapat ‘3P’ iaitu Pertiwi, Parti dan Peribadi. Setiap satu ‘P’ ada perkara fundamental dan rantingnya. Gambar hiasan
GAMBARAN besar (big picture) dalam perjuangan bermakna memahami, menyertai dan menggerakkan perjuangan itu secara keseluruhannya iaitu dari sudut yang luas/makro, kerangka asas dan berjangka masa panjang serta tidak membiarkan langkah-langkah kita terganggu, tergelincir atau terhenti akibat butiran-butiran, isu-isu dan masalah-masalah kecil, remeh dan peribadi.
Ia membolehkan kita melihat setiap satu perkara yang membentuk perjuangan itu, sama ada perkara fundamental atau ranting iaitu dari segi kedudukannya dan peranannya masing-masing yang boleh bersendirian dan berpengkhususan tetapi saling berkaitan dan menguatkan antara satu dengan yang lain.