Kes tragis Hind Rajab: Israel akui lepas tembakan

Iklan
Hind (gambar kecil) bersama ibu dan bapa saudara serta empat sepupunya terkorban ketika cuba melarikan diri dari Bandar Gaza pada Februari 2024.

TEL AVIV - Tentera Israel buat pertama kali pada Rabu mengesahkan bahawa tenteranya melepaskan tembakan ke arah sebuah kereta yang membawa kanak-kanak perempuan Palestin berusia lima tahun, Hind Rajab yang terbunuh bersama enam anggota keluarganya di Gaza ketika kejadian pada 2024.

Hind pada awalnya terselamat daripada serangan itu dan sempat bercakap melalui telefon ketika merayu supaya diselamatkan. Dia sempat berkomunikasi dengan petugas Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) selama beberapa jam ketika dia terperangkap di dalam kenderaan bersama mayat ahli keluarganya.

Iklan
Iklan

Sebuah ambulans yang dihantar untuk menyelamatkannya bagaimanapun diserang sehingga mengorbankan dua anggota paramedik.

Mayat Hind dan ahli keluarganya ditemukan beberapa hari kemudian. Jasad dua petugas ambulans turut dijumpai di lokasi kejadian.

Iklan

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dalam satu kenyataan memaklumkan akan membuka siasatan jenayah terhadap kematian Hind dan keluarganya selain 15 rakyat Palestin termasuk petugas perubatan serta seorang pekerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang terkorban dalam insiden berasingan di Rafah pada 2025.

Kedua-dua kejadian itu mencetuskan kecaman antarabangsa sebelum ini.

Iklan

Menurut IDF, keputusan membuka siasatan terhadap kes Hind dibuat setelah laporan dan bukti awal menunjukkan askar Zionis sememangnya melepaskan tembakan ke arah kenderaan dinaiki kanak-kanak itu bersama keluarganya.

Kes Hind mendapat perhatian dunia selepas rakaman suaranya dalam ketakutan yang meminta bantuan tersebar secara meluas.

Kisah tragis Hind turut diangkat ke layar perak menerusi filem The Voice of Hind Rajab yang mendapat pengiktirafan di pentas antarabangsa menerusi beberapa pengiktirafan utama dan dicalonkan untuk Anugerah Akademi.

Kes berkenaan juga disebut dalam siasatan Suruhanjaya Siasatan PBB yang menuduh Israel melakukan jenayah perang, namun dinafikan mereka. - Agensi