KUANTAN - Seorang lelaki dikhuatiri lemas dipercayai terjatuh ketika menjalankan aktiviti memancing di Sungai Pahang dekat Kampung Lebak Seberang, Temerloh pada Rabu.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, kejadian menimpa mangsa, Muhamed Hanifa Mammu, 47, dilaporkan jam 11.09 tengah malam.
Iklan
Iklan
Menurutnya, susulan maklumat diterima, anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Angin ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).
"Operasi SAR hari pertama dibuat melalui pencarian di permukaan air sebelum ia ditangguhkan.
"Operasi disambung semula hari ini (Khamis) dengan selaman pertama dibuat anggota Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) BBP Bukit Angin jam 9.24 pagi pada kedalaman 2.5 meter," katanya.
Zulfadli berkata, operasi pencarian dibantu pasukan bantuan dari BBP Temerloh.
Sehingga jam 5.30 petang pada Khamis, mangsa belum ditemui dan operasi pencarian masih diteruskan.