Mufti Pulau Pinang tadabbur al-Quran pada Malaysia #QuranHour 2026 di MAiAS
Iklan
Poster Malaysia Quran Hour Peringkat Pulau Pinang 2026.
KEPALA BATAS – Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Mohd Sukki Othman dijadual menyampaikan tadabbur al-Quran sempena Program Malaysia Quran Hour Peringkat Pulau Pinang 2026 yang akan berlangsung di Masjid Al Imam As Syafie (MAiAS), di sini pada 29 Ogos ini.
Penyelaras Rumah Ngaji Pulau Pinang, Zaiton@Zariyah Abdullah berkata, program bertemakan 'Bingkas Menuju Malaysia Sejahtera' itu dijadual bermula pada jam 8 hingga 11.30 pagi dengan anggaran kehadiran antara 400 hingga 500 orang.
Iklan
Iklan
Menurutnya, program itu akan turut melibatkan tiga sekolah tahfiz berhampiran, Sekolah Bertam Putra serta kariah Masjid Al Imam As Syafie.
Masjid Al Imam As Syafie (MAiAS), Kepala Batas akan menjadi lokasi bagi Malaysia Quran Hour Peringkat Pulau Pinang 2026 yang akan berlangsung pada 29 Ogos ini.
Iklan
“Antara pengisian utama ialah bacaan al-Quran secara berjemaah oleh qari jemputan, Irfan Adib Azamani yang juga Imam Eksekutif MAiAS, selain sesi tadabbur oleh Mufti Pulau Pinang.
“Bagaimanapun, surah dan ayat yang akan dibaca serta menjadi bahan tadabbur masih dalam proses penentuan,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Iklan
Katanya, acara pada jam 8.30 pagi dimulakan dengan bacaan doa oleh Imam Eksekutif MAiAS, Amzanil Shah Arnizam Shah diikuti ucapan alu-aluan Pengarah Program, Abdul Halim Ibrahim.
“Majlis turut disusuli ucapan Pengerusi Rumah Ngaji Pulau Pinang, Mohd Taupek Abd Rahman, sebelum ucapan perasmian Program Malaysia Quran Hour," ujarnya.
Menurut Zaiton, selepas sesi bacaan dan tadabbur, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah serta sesi fotografi sebelum jamuan makan pada jam 11.30 pagi.
“Jamuan makan akan ditaja sepenuhnya oleh pihak masjid .
"Pihak penganjur berharap keseluruhan program dapat berlangsung dengan lancar selain menjadi wadah untuk menyemarakkan budaya membaca dan memahami al-Quran dalam kalangan masyarakat.
“Kita sama-sama mendoakan agar majlis ini dapat berjalan dengan lancar, insya-Allah,” katanya.
Tema Malaysia #QuranHour (MQH) 2026, Bingkas Menuju Malaysia Sejahtera tepat dalam mengajak masyarakat bangkit membina kehidupan berteraskan al-Quran khususnya ketika berdepan cabaran akhlak dan gejala sosial, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Imam Besar Negeri Kelantan, Muhammad Hana Pizi Abdullah berkata, beliau mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menyokong usaha berkenaan kerana tema yang diketengahkan mesej jelas untuk masyarakat kembali kepada panduan al-Quran.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792683/khas/quranhour/mqh-bingkas-menuju-malaysia-sejahtera-seru-masyarakat-kembali-kepada-al-quran
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.