Nahas tiga beranak maut: Pemandu 'Black Maria' Imigresen digantung tugas

Iklan
Kemalangan maut yang mengorbankan tiga beranak di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

SHAH ALAM - Pemandu lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang disiasat berkenaan kes kemalangan maut yang mengorbankan tiga beranak di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur telah digantung tugas.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, tindakan itu diambil sehingga kes selesai bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan berhubung kejadian.

Iklan
Iklan

"Kita memberi kerjasama penuh kepada pihak polis dalam kes ini. JIM juga sedang melakukan siasatan dalaman daripada aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP)," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Sinar Harian sebelum itu melaporkan kematian tiga beranak itu dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi.

Iklan

Mangsa ialah Shaik Mohd Firdaus Shaikh Yahya, 53, bersama dua anak perempuannya, Siti Nor Sazlin, 25, dan Siti Darwisyah Auni, 12, yang sedang berjalan kaki maut di tempat kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga sekeluarga maut dilanggar lori imigresen

Iklan

Anwar arah JIM siasat segera kemalangan lori imigresen

Tiga maut dilanggar lori imigresen: JIM serah siasatan kepada polis

Tiga sekeluarga maut asal Perak, dipercayai sedang bercuti di KL

Tiga beranak maut: JIM laksana siasatan dalaman aspek pematuhan prosedur pengoperasian kenderaan

Tiga maut dilanggar lori imigresen: Polis tahan pemandu lori, pemandu kereta

Tiga maut dilanggar lori imigresen: Identiti mangsa dikenal pasti - Polis

Tiga maut dilanggar lori imigresen: Mangsa berada di kawasan selamat sebelum dirempuh - Polis

Sementara itu, isteri mangsa berusia 55 tahun yang parah sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Dalam kejadian itu, lori 'Black Maria' JIM Kuala Lumpur tanpa muatan itu dipercayai dalam perjalanan dari Pejabat Imigresen Kuala Lumpur menuju ke Chow Kit bagi operasi pendatang asing tanpa izin (PATI).

Lori dipandu lelaki 43 tahun itu memasuki persimpangan ketika lampu isyarat di laluannya berwarna merah dengan lampu beacon dan siren diaktifkan.

Pada masa sama, sebuah kereta Proton Saga dipandu lelaki berusia 50 tahun yang bergerak lurus ketika lampu isyarat hijau dipercayai tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan lori berkenaan, menyebabkan lori hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar empat pejalan kaki yang merupakan satu keluarga serta sebuah kereta Inokom Matrix.

Susulan itu, polis menahan reman sehari pemandu lori serta pemandu Proton Saga terbabit untuk siasatan lanjut.