Siapa kawal kita di Threads?
Iklan
Threads, platform milik Meta yang dilancarkan pada 2023 berkembang dengan sangat pantas. Gambar hiasan
PERNAH tak buka Threads sekadar hendak tengok apa yang orang tulis, tetapi tiba-tiba sudah setengah jam berlalu?
Pada mulanya mahu membaca satu hantaran. Kemudian terlihat perbincangan tentang restoran yang sedang viral. Seterusnya muncul orang berkongsi percutian, kerjaya, gaji, gaya hidup, produk baharu dan entah apa lagi.