Nahas lori imigresen: Jenazah tiga beranak selamat dikebumi satu liang lahad

Iklan
Jenazah tiga beranak yang maut dalam nahas di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur awal pagi Rabu dikebumikan dalam satu liang lahad.

KAMPAR - Suasana pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Hitam Labu di sini apabila jenazah tiga beranak yang maut dalam nahas di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur awal pagi Rabu dikebumikan dalam satu liang lahad.

Jenazah Shaik Mohd Firdaus Shaikh Yahya, 53, yang merupakan bekas tentera bersama dua anak perempuannya, Siti Nor Sazlin, 25, dan Siti Darwisyah Auni, 12, selamat dikebumikan sekitar jam 11 malam.

Iklan
Iklan

Bacaan talkin dan doa dipimpin Imam Masjid Jamek Kampung Air Hitam Labu, Yusaini Ariffin.

Jenazah Shaik Mohd Firdaus Shaikh Yahya, 53, yang merupakan bekas tentera bersama dua anak perempuannya, Siti Nor Sazlin, 25, dan Siti Darwisyah Auni, 12, selamat dikebumikan sekitar jam 11 malam.

Iklan

Tiga van jenazah yang membawa Allahyarham tiba kira-kira jam 10.30 malam sebaik proses bedah siasat selesai di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur.

Terdahulu, semua jenazah disembahyangkan di Masjid Jamiul Ehsan, Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

Iklan

Kehadiran van jenazah milik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Sentuhan Setia Kasih itu disambut dengan linangan air mata ahli keluarga yang tidak dapat menahan sebak sebaik melihat ketibaan insan tersayang buat kali terakhir.

Sekitar 300 penduduk kampung dan kenalan yang hadir menunggu sehingga selesai proses pengebumian sebagai tanda penghormatan terakhir.

Sebahagian penduduk kampung dan kenalan yang hadir menunggu sehingga selesai proses pengebumian sebagai tanda penghormatan terakhir.

Tragedi yang menimpa tiga beranak itu sebelum ini mendapat perhatian ramai dan mengundang rasa simpati masyarakat di seluruh negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga sekeluarga maut dilanggar lori imigresen

Anwar arah JIM siasat segera kemalangan lori imigresen

Tiga maut dilanggar lori imigresen: JIM serah siasatan kepada polis

Tiga sekeluarga maut asal Perak, dipercayai sedang bercuti di KL

Tiga beranak maut: JIM laksana siasatan dalaman aspek pematuhan prosedur pengoperasian kenderaan

Tiga maut dilanggar lori imigresen: Polis tahan pemandu lori, pemandu kereta

Tiga maut dilanggar lori imigresen: Identiti mangsa dikenal pasti - Polis

Tiga maut dilanggar lori imigresen: Mangsa berada di kawasan selamat sebelum dirempuh - Polis

Kejadian sekitar jam 1 pagi itu berlaku ketika Shaik Mohd Firdaus bersama isteri, Norhayati Razali, 55, dan dua anak perempuan mereka bercuti untuk menziarahi ibunya di Semenyih, Selangor.

Norhayati yang mengalami cedera parah menerima rawatan lanjut di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL), dimaklumkan telah sedar dan stabil.

Semasa kejadian, empat beranak tersebut dilaporkan berada di pembahagi jalan berhampiran persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Ismail sebelum sebuah lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang dipercayai datang dari arah Wisma FGV hilang kawalan dan terbabas ke arah mangsa.