Kes rogol wanita OKU: Lima suspek termasuk tiga lelaki Rohingya masih direman

Iklan
Mohd Khairi berkata, siasatan berhubung kes rogol membabitkan seorang wanita OKU di negeri ini masih berjalan dan kini berada pada peringkat akhir.

​KUALA TERENGGANU - Siasatan berhubung kes rogol membabitkan seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) di negeri ini masih berjalan dan kini berada pada peringkat akhir untuk dilengkapkan sebelum diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya (DPP).

​Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, kesemua lima suspek warga Myanmar yang ditahan kini masih berada di bawah perintah reman sehingga 30 Ogos ini bagi membantu siasatan.

Iklan
Iklan

​"Pada awalnya kita menjalankan siasatan mengikut kes rogol, namun suspek ditangkap semula bawah Akta Imigresen atas kekhuatiran mereka tidak melaporkan diri sekiranya dibebaskan dengan jaminan.

​"Kita jangka kertas siasatan ini dapat dilengkapkan dan diserahkan kepada pihak DPP untuk tindakan serta arahan lanjut dalam masa terdekat atau minggu ini sebelum tempoh reman berakhir dan setakat ini tiada tangkapan baharu dibuat," katanya.

Iklan

Mohd Khairi (tengah) menyampaikan sumbangan kepada pesakit kronik, rumah kebajikan serta Perkep kontinjen Terengganu sempena program amal konvoi 'charity ride' PDRM bersama Ipoh Superbike Club pada Rabu.

​Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyampaian sumbangan kepada pesakit kronik, rumah kebajikan serta Perkep kontinjen Terengganu sempena program amal konvoi 'charity ride' PDRM bersama Ipoh Superbike Club di sini pada Rabu.

Iklan

​Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima lelaki warga Myanmar berikutan kes serangan seksual terhadap seorang wanita OKU intelektual berusia 23 tahun di Kemaman, Terengganu.

​Tiga suspek awal etnik Rohingya ditahan pada awal Ogos dan tempoh reman mereka kemudiannya disambung, manakala dua lagi lelaki warga Myanmar ditahan bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.