Kes anjing Rocky: Polis terima arahan pertuduhan daripada TPR

Iklan
Shazeli berkata, pertuduhan akan dijalankan di Mahkamah Majistret Klang pada Khamis.

SHAH ALAM - Polis telah menerima arahan daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk menjalankan pertuduhan berkaitan kes kematian anjing dikenali sebagai Rocky.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pertuduhan akan dijalankan di Mahkamah Majistret Klang pada Khamis.

Iklan
Iklan

"Saya mohon rakan media merujuk kepada pihak mahkamah di Klang untuk mendapatkan waktu sebenar bagi menjalankan pertuduhan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini pada Rabu.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki yang menjadi sasaran kecaman susulan insiden kekecohan operasi penangkapan anjing liar bernama Rocky akan didakwa di mahkamah.

Iklan

Kes berkenaan mendapat perhatian selepas video berkaitan insiden penangkapan Rocky di Taman Telok Gedong Indah, Klang pada 29 Julai lalu tular di media sosial.

Menurutnya, pertuduhan itu dijangka bukan sahaja membabitkan pihak polis, malah agensi penguat kuasa lain turut akan menjalankan pertuduhan berkaitan isu berkenaan.

Iklan

Bagaimanapun, Shazeli tidak mengulas lanjut sama ada pertuduhan itu membabitkan lelaki dan wanita yang sebelum ini dikaitkan dengan kes berkenaan.

Beliau turut enggan mendedahkan seksyen serta peruntukan undang-undang yang akan digunakan dan meminta perkara itu dirujuk di mahkamah pada Khamis.

"Saya mencadangkan kepada rakan media untuk tunggu dan dapatkan maklumat di mahkamah esok," katanya.