Bangladesh lancar bas 'pink’ khusus buat penumpang wanita

Iklan
Bangladesh perkenal 'bas pink' khusus buat penumpang wanita di negara itu - Foto: Agensi

DHAKA – Kerajaan Bangladesh melancarkan perkhidmatan bas khusus untuk wanita, lapor Xinhua pada Selasa.

Perkhidmatan itu turut dikendalikan dan diuruskan pemandu wanita, dalam usaha memastikan perjalanan penumpang lebih selamat dan selesa.

Iklan
Iklan

Bas berwarna merah jambu berkenaan akan diletakkan di bawah pengawasan terus Bangladesh Road Transport Corporation (BRTC).

Menteri Pengangkutan Jalan Raya dan Jambatan Bangladesh, Shaikh Rabiul Alam berkata, perkhidmatan itu akhirnya akan diperluaskan ke bandar raya dan pekan utama di seluruh negara.

Iklan

Menurutnya, inisiatif berkenaan membuktikan komitmen kerajaan untuk memastikan mobiliti wanita dalam pengangkutan awam lebih selamat, bermula di ibu negara.

“Daripada menaiki bas, sepanjang perjalanan sehingga turun, keselamatan penumpang wanita akan dijamin dengan pengendalian sepenuhnya oleh kakitangan wanita,” katanya.

Iklan

Beliau turut menggesa BRTC memantau perkhidmatan baharu itu secara berterusan bagi memastikan penambahbaikan dapat dilakukan mengikut keperluan penumpang wanita.