Reformasi cukai mesti lindungi rakyat - Pengilang
Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada Rabu. Gambar kecil: Datuk Seri Dr Azman Yusoff
SHAH ALAM - Reformasi sistem percukaian negara perlu dilaksanakan secara adil dan bersasar dengan kepentingan rakyat termasuk usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Bumiputera sebagai keutamaan.
Presiden Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia (Pengilang), Datuk Seri Dr Azman Yusoff berkata, usaha kerajaan mengkaji sistem percukaian termasuk kemungkinan menggabungkan elemen Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) serta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) perlu mengambil kira kemampuan rakyat serta ekonomi semasa.