Gabung elemen terbaik SST, GST
Iklan
Model percukaian hibrid yang menggabungkan kekuatan SST dan GST dilihat mampu meningkatkan kecekapan tanpa membebankan rakyat. Gambar kecil: Profesor Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid
SHAH ALAM - Kerajaan boleh menggabungkan mekanisme kredit cukai input daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dengan kadar berbeza dan pengecualian barangan asas di bawah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bagi membentuk sistem percukaian lebih cekap tanpa meningkatkan beban rakyat.
Pakar Ekonomi Universiti Kuala Lumpur Business School, Profesor Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, gabungan elemen terbaik kedua-dua sistem itu lebih realistik berbanding kerajaan memilih untuk melaksanakan 100 peratus GST atau SST.