Jangan tunggu anak kita jadi ‘zombi’

Iklan
PDRM memberi amaran piu-piu boleh mengandungi fentanyl dan bahan psikoaktif yang menyebabkan khayal teruk hingga pengguna kelihatan seakan-akan ‘zombi’. - Imej janaan AI

DULU kalau nampak anak muda terhuyung-hayang, mata kuyu dan percakapan tidak tentu hala, kita cepat menuduh, “Budak ini ambil dadah.” Sekarang? Belum tentu.

Mungkin dia sedang pegang vape yang nampak begitu bergaya, siap ada lampu berkelip dan perisa buah-buahan. Cuma yang masuk ke paru-paru mungkin bukan sekadar nikotin. Inilah wajah baharu ancaman dadah yang perlu kita pandang serius.

Iklan
Iklan

PDRM memberi amaran ia boleh mengandungi fentanyl dan bahan psikoaktif yang menyebabkan khayal teruk hingga pengguna kelihatan seakan-akan ‘zombi’.

Lebih membimbangkan, ia bukan lagi cerita orang dewasa di lorong gelap atau pusat hiburan. PDRM mengesan penggunaannya dalam kalangan pelajar sekolah menengah.

Iklan

PDRM memberi amaran bahan ini boleh menyebabkan sawan, masalah jantung dan pernafasan. Lebih serius, pengguna yang memandu dalam keadaan khayal boleh mengancam nyawa orang lain.

Persoalan yang Merak mahu lontarkan ialah bagaimana benda sebegini boleh sampai kepada anak-anak kita?

Iklan

Jawapannya mungkin tidak sesukar yang kita sangka. Telefon di tangan. Media sosial terbuka. Rakan sebaya mencuba. Vape pula sudah dianggap biasa. Maka dadah tidak perlu lagi kelihatan seperti dadah.

Ia boleh datang dalam botol kecil, dengan perisa menarik dan rupa tidak mengundang syak. Sebab itu Merak mahu pesan, jangan terlalu cepat bangga apabila anak kita kata, “Saya vape saja, bukan ambil dadah.” Hari ini mungkin vape.

Esok kita sendiri mungkin tidak tahu apa sebenarnya yang berada di dalamnya.